Perhatian! Tolong Jangan COPY, PASTE, atau TIRU sebarang entry didalam Blog Ini! (kecualiapabiladinyatakan). Blog ini hak Milik Nor Balqis. Harap Faham. Thanks :)

Thursday, 25 April 2013

Bab 5 - Gemuk Itu Cute!

Bab 5.

" Aha, jom keluar rehat! Hari ini saya belanja awak mi rebus 'special' Mak Cik Azza! Mahu?"
Keadaan kelas sudah lengang. Hanya kelihatan beberapa orang murid sedang mengemas buku.
"Saya tak ada 'mood'lah Qaseh! Saya mahu ke perpustakaan. Saya tak ada seleralah mahu makan." Farhana menjawab acuh tak acuh. "Ala... selalunya awak orang pertama yang sampai ke kantin dahulu! Lagipun, awak kata mahu beritahu sebab bagaimana awak jadi macam ini, kan?"
Setelah dipujuk dan dipaksa Qaseh, barulah Farhana mengikutnya ke kantin dengan hati yang tidak rela.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sampai sahaja di kantin, Qaseh menarik tangan Farhana dan mengajaknya duduk. "Awak duduk sini elok-elok, saya pergi beli mee rebus,ya? " "Apa apa sahajalah." Qaseh terus berlari menuju ke kaunter.Dia tidak boleh lambat-lambat. Waktu rehat hanya tinggal 20 minit sahaja. 'Fuh, nasib baik kaunter tidak ramai orang.' 5 minit beratur dan bersabar, akhirnya Qaseh berjaya membeli mee rebus 2 mangkuk dan 2 cawan air sirap. Qaseh berjalan perlahan-lahan menuju kearah meja mereka. "Makanan sudah sampai! Mari makan!" Farhana hanya menurut. Sebelum makan, mereka membaca doa makan. "Allahumma bariklan fiima razaktana waqina a'zabannar. Amin ya Rabbal Alamin." Mereka mula menyuap perlahan-lahan. 5 minit keadaan sunyi sepi. Qaseh berasa bosan waktu itu. Selalunya Farhana paling banyak bercakap. Sesi makan mereka pasti diselangi gelak ketawa dan cerita-cerita menarik terutamanya tentang BigBang!
Setelah 5 minit keadaan hanya sunyi sepi, akhirnya Qaseh memecah kesunyian. "Ermm.. Aha.Awak kata mahu beritahu saya sebab kenapa awak murung saja hari ini. Cepatlah cerita!"
"Ala... saya malaslah! Lain kalilah ya? " "Tak boleh! Sekarang juga saya nak dengar!Kalau tidak, saya geletek awak sampai awak beritahu. Geletek, geletek!" Qaseh mula mengeluarkan senjata rahsianya! "Oopps! Sebelum awak geletek saya sampai saya pengsan, baik, saya kan ceritakan pada awak! " Farhana tidak rela digeletek.Dia lebih rela dimarahi Cikgu Rosli daripada geletek! Setelah bersedia untuk memulakan cerita, dia mula membuka cerita yang menyebabka dirinya jadi begitu. Murung dan muram. Tidak seceria dahulu!
Farhana menceritakan kepada Qaseh kejadian di meja makan pagi tadi. Dari A-Z. Tidak ada satu plot pun yang tertinggal. Semuanya sempurna.

1 comment: