Bab 1.
" Nurin Farhanah Bt. Farid! Bangun sekarang! Nanti lewat ke sekolah! " Mendengar sahaja suara yang kuat itu, terus Farhanah bangun dari katil.Berlari dia mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah selesai bersiap dan menunaikan solat subuh, Farhana dengan segera turun dan meluru ke meja makan yang terletak bersebelahan dapur.Tangannya laju menuju kearah tudung saji.Baru sahaja mahu membuka tudung saji itu dan mencapai sebiji karipap, Papp! " Aduh, sakitnya tangan saya ini! " "Haa.. itulah balasan orang yang tak ada adab! Makan tak basuh tangan, tak baca bismillah dan makan berdiri.Astarghfirullahal Azim, apa mahu jadi dengan kamu ni Farha? " Tegur Puan Farah dengan tegas sambil menggeleng- gelengkan kepalanya. '" Yalah, Farha minta maaf ummi." Jawab Farhana sambil menyalami tangan ibunya. " Hmm.. ibu maafkan.Tapi lain kali ingat, jangan buat lagi, ya? Dah - dah, cepat.Nanti terlewat ke sekolah pula." Farhanah menuju ke dapur untuk membasuh tangan.Kemudian, dia menarik kerusi untuk duduk di meja makan itu. Dia membaca doa dan terus mengambil sebiji karipap yang tak sempat dijamah tadi dan memasukkan kedalam mulutnya lalu dikunyah perlahan-lahan. Habis menguyah kuih karipap, laju tangannya mengambil mangkuk lalu dia mengisi dengan 3 senduk nasi goreng kampung.
Puan Farah hanya melihat sambil menggelengkan kepala. " Farha,kalau boleh kamu kawallah pemakanan kamu sedikit. Ummi tengok kamu semakin 'tembam' sekarang. Kalau boleh, kurangkan sedikit gaya makan kamu itu. Ummi takut nanti kamu akan jatuh sakit."
Kata Puan Farah kepada Farhanah yang sedang enak mengunyah nasi goreng.Mendengar sahaja kata-kata itu, terhentilah proses ' mengunyah' nasi tadi.Tiba-tiba, nasi yang enak tadi bertukar rasa menjadi pahit.Dengan susah dan payah, Farhana cuba menelan nasi yang sudah bertukar rasa itu. " Ummi nak saya kawal pemakanan? Sorry to say tapi Farha tak bolehlah ummi.. " " Kenapa pulak tak boleh? Bukannya ummi suruh kamu tak makan langsung pun.Ummi cuma nak kamu kawal pemakanan kamu saja.Tak akan itu pun tak boleh? Farha, Farha. " Protes Puan Farah sambil menahan geram dihati. Orang nak dia kawal pemakanan, bukannya tak makan langsung! Farha, Farha.Apalah mahu jadi dengan kamu ini. " Tapi ummi, biarlah badan saya begini." " Biarkan badan kamu begini? Nanti kamu juga yang mengadu pada ayah tentang kawan - kawan disekolah mengejek kamu macam-macam.Badak airlah, gajahlah, budak tembamlah, itulah, inilah."
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
BALQIS :)
Kadang2 kena juga kawal pemakanan ni.. Hehe...
ReplyDeleteNanti saya sambung baca... Menarik cerita ni..