Perhatian! Tolong Jangan COPY, PASTE, atau TIRU sebarang entry didalam Blog Ini! (kecualiapabiladinyatakan). Blog ini hak Milik Nor Balqis. Harap Faham. Thanks :)

Friday, 10 May 2013

Bab 6 - Gemuk itu Cute!

Bab 6
"Ha, begitulah ceritanya! Sebab itulah saya monyok, kecewa dan tidak bermaya sahaja". Ahh.. hati Farhanah puas! Dia berasa lega akhirnya kerana dapat meluahkan isi hati dan masalah yang dihidapinya kepada seseorang yang bernama rakan baik, Qaseh. "Jadi, apa yang awak mahu buat? ".
"Saya rasa saya nak ber'diet' selepas apa yang terjadi pada saya pagi tadi dan semasa budak gedik 4 orang itu mengejek saya. Saya rasa sedih sangat, Qaseh! Hari-hari telinga ini terpaksa mendengar dan menahan segala ejekan mereka semua! Rasanya telinga saya ini sudah bernanah dan berdarah sahaja! Lebih baik saya buang sahaja telinga saya ini! ". Farhanah nampaknya betul-betul berkecil hati. Tiada orang pun yang tahu sebenarnya hati Farhanah sudah meninggalkan kesan luka yang begitu mendalam! "Astarghfirullah, kenapa awak tak bagitahu saya yang selama ini awak sedih dan terluka? Kalau diejek, awak hanya mendiamkan diri dan berlagak seperti tiada apa apa yang terjadi!" Farhanah hanya mendiamkan diri.
"Beginilah, saya berjanji yang saya akan tolong awak, okay? Dah-dah, tak nak sedih-sedih lagi. Saya akan tolong awak apa yang saya mampu. Saya tak akan biarkan awak sedih seorang diri macam ini. Kalau awak sedih, saya pun sedih.Kalau awak gembira, saya pun akan turut gembira! Bak kata pepatah, cubit pipi awak yang tembam ini, pipi tembam saya pun akan turut rasa sakitnya! Hahahaha.. ". Mereka sama-sama tertawa dengan pepatah yang dicipta oleh Qaseh itu. Farhanah sudah mula tersenyum.
--------------------------------------_----------------_--------------------------------------------------------
"Apa, budak gemuk seperti badak air itu mahu ber'diet'? Oh My Godness! Hahahahaha...! It was really funny! " Mia, ketua kumpulan The Beautiful ketawa terbahak-bahak.Rupa-rupanya, mereka berempat mencuri-curi dengar perbualan Farhanah dan Qaseh. Ahli kumpulan The Beautiful iaitu Wani dan Maya juga turut serta bersama ketua mereka mengilai serupa pontianak! Tapi, Iqa tidak! Dia rasa mereka tidak wajar ketawakan Farhanah. Benda itu TLL! Tak Lawak Langsung!
"Iqa, why you're not laughing? It was really a funny joke, is'int?"  Mia menegur Iqa yang hanya mendiamkan diri.Mia hairan kenapa Iqa tidak ketawa? Tidak lawakkah cerita ini? "Err.. yes.. yes. Hahaha, see! I'm laughing right now! Who says I'm not laughing? Hahahha...." Iqa pura-pura ketawa. Yalah, mahu menjaga hati 'boss besar' katakan. "Ooh.. okay!" Mia akhirnya sudah berhenti bertanya soalan. ' Fuhh... lega!' bisik hati kecil Iqa. "Girls! I have a plan! " Suara Maya mula menghentikan gelak tawa mereka. "Plan apa?" Wani bertanya.
"Hei, ini Mayalah! Takkan tak kenal? Ahli The Beautiful yang pandai merencana plan plan jahat yang pasti menjadi!"  "Ooh.., I got it! Maya  ada plan untuk kenakan badak air itu, kan?"
"Yes, correct! Maya ada plan yang pasti membuatkan diet Farhanah tidak akan menjadi. Farhanah akhirnya pasti meraung tak henti-henti!"  "Bagus, Maya. Kita akan rancang plan-plan untuk kenakan budak gemuk itu! Biar dia rasakan! Padan muka! Hahahaha...!"  Maya tesipu-sipu dipuji Mia. Yalah, Mia jarang sekali memuji ahli-ahlinya. 'Hah? Apa lagi yang mereka bertiga ini mahu buat? Aduh.. susahlah macam ini! Kena bagitahu Farhanah dan Qaseh segera!

Thursday, 25 April 2013

Bab 5 - Gemuk Itu Cute!

Bab 5.

" Aha, jom keluar rehat! Hari ini saya belanja awak mi rebus 'special' Mak Cik Azza! Mahu?"
Keadaan kelas sudah lengang. Hanya kelihatan beberapa orang murid sedang mengemas buku.
"Saya tak ada 'mood'lah Qaseh! Saya mahu ke perpustakaan. Saya tak ada seleralah mahu makan." Farhana menjawab acuh tak acuh. "Ala... selalunya awak orang pertama yang sampai ke kantin dahulu! Lagipun, awak kata mahu beritahu sebab bagaimana awak jadi macam ini, kan?"
Setelah dipujuk dan dipaksa Qaseh, barulah Farhana mengikutnya ke kantin dengan hati yang tidak rela.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sampai sahaja di kantin, Qaseh menarik tangan Farhana dan mengajaknya duduk. "Awak duduk sini elok-elok, saya pergi beli mee rebus,ya? " "Apa apa sahajalah." Qaseh terus berlari menuju ke kaunter.Dia tidak boleh lambat-lambat. Waktu rehat hanya tinggal 20 minit sahaja. 'Fuh, nasib baik kaunter tidak ramai orang.' 5 minit beratur dan bersabar, akhirnya Qaseh berjaya membeli mee rebus 2 mangkuk dan 2 cawan air sirap. Qaseh berjalan perlahan-lahan menuju kearah meja mereka. "Makanan sudah sampai! Mari makan!" Farhana hanya menurut. Sebelum makan, mereka membaca doa makan. "Allahumma bariklan fiima razaktana waqina a'zabannar. Amin ya Rabbal Alamin." Mereka mula menyuap perlahan-lahan. 5 minit keadaan sunyi sepi. Qaseh berasa bosan waktu itu. Selalunya Farhana paling banyak bercakap. Sesi makan mereka pasti diselangi gelak ketawa dan cerita-cerita menarik terutamanya tentang BigBang!
Setelah 5 minit keadaan hanya sunyi sepi, akhirnya Qaseh memecah kesunyian. "Ermm.. Aha.Awak kata mahu beritahu saya sebab kenapa awak murung saja hari ini. Cepatlah cerita!"
"Ala... saya malaslah! Lain kalilah ya? " "Tak boleh! Sekarang juga saya nak dengar!Kalau tidak, saya geletek awak sampai awak beritahu. Geletek, geletek!" Qaseh mula mengeluarkan senjata rahsianya! "Oopps! Sebelum awak geletek saya sampai saya pengsan, baik, saya kan ceritakan pada awak! " Farhana tidak rela digeletek.Dia lebih rela dimarahi Cikgu Rosli daripada geletek! Setelah bersedia untuk memulakan cerita, dia mula membuka cerita yang menyebabka dirinya jadi begitu. Murung dan muram. Tidak seceria dahulu!
Farhana menceritakan kepada Qaseh kejadian di meja makan pagi tadi. Dari A-Z. Tidak ada satu plot pun yang tertinggal. Semuanya sempurna.

Saturday, 30 March 2013

Bab 4 - Gemuk Itu Cute!

Bab 4.

Selesai perhimpunan, Farhana dan Qaseh berjalan bersama menuju ke kelas. Kelas 3 Bestari.
Dalam perjalanan, suasana sangat sunyi. Hanya kedengaran bunyi pelajar-pelajar lain yang beratur menuju ke kelas.
Qaseh melirik kearah Farhana disebelahnya.Farhana hanya mendiamkan diri.Wajahnya nampak murung."Aha, kenapa awak senyap saja? Selalu awak tak macam ini pun.Saya bosanlah! "
Qaseh merenung ke arah Farhana. Mendengar soalan itu, Farhana mengeluh. "Huh.. saya tak tahu mahu jawab bagaimana. Mungkin rehat nanti saya akan ceritakan kenapa saya begini."
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mata pelajaran Sejarah yang diajar oleh Cikgu Rosli atau Cikgu Singa itu amat membosankan! Murid - murid 3 Bestari sedang menahan kantuk yang bersarang didalam diri mereka. Tidak terkecuali Farhana dan Qaseh. Farhana terasa mahu menangis! Sudahlah lapar, terpaksa pula mendengar syarahan Cikgu Singa ini! Mengantuk dibuatnya! Qaseh disebelah sudah tersengguk-sengguk mengantuk.Sekali terhantuk pada meja itu baru tahu! Haahahaha..
Cikgu Rosli langsung tidak perasan murid muridnya yang mengantuk itu. Dia didepan hanya membebel tentang sejarah Melakalah, Perdaganganlah dan apa apa sahaja tentang Sejarah.
" Minggu depan saya mahu buat pop kuiz! Siapa yang tak dapat jawab, saya akan denda tak kira lelaki atau perempuan! Faham?! " Suara Cikgu Rosli memecahkan kesunyian juga memecahkan rasa kantuk dalam diri murid murid 3 Bestari. Selepas mendengar sahaja arahan itu, kedengaran suara pelajar - pelajar berbisik sendirian. "Apa? Pop kuiz? Macam mana kita nak jawab kalau kita pun tak faham satu apa pun yang dia ajar? OMG! " Pelajar lain juga kedengaran mengeluh termasuklah Farhana dan Qaseh. " Macam mana ini Qaseh? Pop kuiz kot! Habislah kita! " Baru sahaja pelajar pelajar mahu membantah, Kringgg! Bunyi loceng yang sejak tadi ditunggu sudah berbunyi. Kini, bunyi loceng itu sudah tidak menarik lagi. Yang mereka fikirkan hanya, pop kuiz! "Bangun kelas! Terima Kasih Cikgu!" Hamid, ketua kelas 3 Bestari mengucapkan terima kasih dan diikuti pelajar pelajar lain.

Friday, 29 March 2013

Bab 3 - Gemuk Itu Cute!

Bab 3

"Awak pergi mana tadi, Iqa? Penat kami tunggu awak! Dahlah cuaca panas!" Marah Mia terhadap Iqa."Alah, saya ada hal sedikit tadi.Maaflah, ya?" Iqa cuba mengambil kembali hati Mia yang masih marah terhadapnya.Mia memang begitu, pantang kepada orang yang mungkir janji, orang yang tidak menepati masa dan terutama sekali orang yang lebih popular daripada dirinya.
Krinng! Nampaknya jam loceng yang menunjukkan pukul 7 pagi sudah berbunyi dan ini menandakan mereka harus segera beratur di dewan sekolah. "Ha.. yalah, yalah, saya maafkan awak! Tapi lain kali jangan buat lagi,ya? " "Baiklah, saya tidak akan buat lagi! Sayang awak, Mia! " 'Fuh, nasib baik dia maafkan aku.Kalau tidak, jenuh nak pujuk! ' Bisik hati kecil Iqa.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Dahlah Aha. Awak jangan fikirkan sangat tentang diorang itu! Mereka itu memang tiada otak rasanya! ALLAH dah bagi akal kepada mereka, itupun tidak boleh fikir lagi! " Pujuk Qaseh ketika mereka berjalan beriringan menuju ke dewan sekolah.
Farhana hanya berdiam diri. Kakinya digerakkan lebih pantas. Qaseh sudah ketinggalan beberapa langkah dibelakang. " Aha! Janganlah laju sangat! Penat saya mahu kejar awak!"
Farhana terus berjalan.Langkahnya semakin laju.Dia mahu segera masuk kedalam dewan.
Selepas terpaksa berlari dengan laju, akhirnya Qaseh dapat mengejar Farhana. " Kenapa awak laju sangat! Saya yang kurus ini pun ketinggalan di belakang! "
"Dahlah Qaseh, saya mahu cepat sampai ke dewan! Nanti dimarahi pengawas pula! "
Farhana kembali berjalan laju. Qaseh berhenti bergerak seketika. Dalam hati kecilnya, 'Ada apa dengan Farhana? '

Friday, 15 March 2013

Bab 2- Gemuk Itu Cute!

Bab 2
Masih terngiang-ngiang lagi didalam kepala Nurin Farhanah tentang kata-kata ibunya semasa di meja makan.Dia dalam dilema.Patutkah dia membuang sifat egonya dan menurut cakap ibunya? Tapi, dia tidak sanggup untuk berdiet.Hidup tanpa makan memang menyeksakan!
Atau, patutkah dia meminta pandangan teman setianya, Qaseh? Nanti, nanti. Apa pula kata Qaseh jika saya beritahu tentang perkara kecil ini? Ah, mungkin saya patut pendamkan dahulu.
Puan Farah melirik ke arah anak kesayangannya.Mengapa dengan dia? Seperti memikirkan masalah besar sahaja. Mungkin dia patut tanya semasa pulang dari sekolah nanti.

------------------------------------------------------------------------

Turun dari kereta, Farhana berjalan lemah-longlai. Dia tidak ada 'mood' pada pagi itu. Nasi goreng yang tidak sempat dijamah tadi terbayang dihadapan mata. Tiba-tiba terdengar sayup suara yang amat dikenalinya. "Hai Debab! Kenapa jalan macam siput ini? Ooh.. lupa pula! Debab jalan lambat sebab lemak didalam perut sudah bertimbun! Right girls? " Dia menoleh ke belakang. Dia amat yakin lagi pasti itu suara Mia, ketua kumpulan The Beautiful. " Right! Yalah, badan besar macam gergasi! Bila dia jalan, bergegar bumi! Hahahahha...! " Wani pula menyambung kata-kata Mia.Sudahlah dia tidak ada mood waktu ini, diejek pula." Hey! Kalau awak semua ini lawa sangat, tak payahlah sekolah! Pergilah masuk rancangan perempuan yang tergedik-gedik diatas pentas itu! Haa... American Next Top Model! Tapi, awak semua ini kan malas mahu belajar, mana boleh masuk rancangan itu. Heh, perasan cantik dan popular.Kalau cantik tapi otak kosong mahu buat apa?" Yeaa! Akhirnya heroin datang! Siapa lagi kalau bukan Qaseh! "Hmm.. ini seorang lagi.Awak belalah budak gemuk ini.Qaseh, awak cantik tapi sayang kami lagi cantik daripada awak! Baik awak jangan kawan dengan budak gemuk ini. Menyusahkan hidup sahaja! Jom girls, kita tidak payah layan dua orang manusia ini." Ahli The Beautiful semua sudah mengangkat kaki kecuali Iqa."Iqa, apa yang awak tunggu lagi tu? Jomlah!"
"Sekejap, saya ada hal sedikit.Nanti saya jumpa awak di kelas." Iqa membalas.Selepas memastikan kesemua ahli The Beautiful pergi, dia lantas menuju kearah Farhanah dan Qaseh." Farhanah, Qaseh. Saya mahu memohon maaf diatas kelakuan Mia dan Wani tadi.Saya memang tidak berniat mahu turut serta bersama mereka. Maafkan saya,ya?" Iqa memohon maaf kepada Farhanah juga Qaseh. Mereka terdiam sebentar kemudian Farhanah memecahkan kesunyian. "Baiklah, kami maafkan awak." Akhirnya, persahabatan dijalinkan.

Saturday, 2 March 2013

Gemuk Itu Comel - Bab 1.

Bab 1.

" Nurin Farhanah Bt. Farid! Bangun sekarang! Nanti lewat ke sekolah! " Mendengar sahaja suara yang kuat itu, terus Farhanah bangun dari katil.Berlari dia mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah selesai bersiap dan menunaikan solat subuh, Farhana dengan segera turun dan meluru ke meja makan yang terletak bersebelahan dapur.Tangannya laju menuju kearah tudung saji.Baru sahaja mahu membuka tudung saji itu dan mencapai sebiji karipap, Papp! " Aduh, sakitnya tangan saya ini! " "Haa.. itulah balasan orang yang tak ada adab! Makan tak basuh tangan, tak baca bismillah dan makan berdiri.Astarghfirullahal Azim, apa mahu jadi dengan kamu ni Farha? " Tegur Puan Farah dengan tegas sambil menggeleng- gelengkan kepalanya. '" Yalah, Farha minta maaf ummi." Jawab Farhana sambil menyalami tangan ibunya. " Hmm.. ibu maafkan.Tapi lain kali ingat, jangan buat lagi, ya? Dah - dah, cepat.Nanti terlewat ke sekolah pula." Farhanah menuju ke dapur untuk membasuh tangan.Kemudian, dia menarik kerusi untuk duduk di meja makan itu. Dia membaca doa dan terus mengambil sebiji karipap yang tak sempat dijamah tadi dan memasukkan kedalam mulutnya lalu dikunyah perlahan-lahan. Habis menguyah kuih karipap, laju tangannya mengambil mangkuk lalu  dia mengisi dengan 3 senduk nasi goreng kampung.
Puan Farah hanya melihat sambil menggelengkan kepala. " Farha,kalau boleh kamu kawallah pemakanan kamu sedikit. Ummi tengok kamu semakin 'tembam' sekarang. Kalau boleh, kurangkan sedikit gaya makan kamu itu. Ummi takut nanti kamu akan jatuh sakit."
Kata Puan Farah kepada Farhanah yang sedang enak mengunyah nasi goreng.Mendengar sahaja kata-kata itu, terhentilah proses ' mengunyah' nasi tadi.Tiba-tiba, nasi yang enak tadi bertukar rasa menjadi pahit.Dengan susah dan payah, Farhana cuba menelan nasi yang sudah bertukar rasa itu. " Ummi nak saya kawal pemakanan? Sorry to say tapi Farha tak bolehlah ummi.. "  " Kenapa pulak tak boleh? Bukannya ummi suruh kamu tak makan langsung pun.Ummi cuma nak kamu kawal pemakanan kamu saja.Tak akan itu pun tak boleh? Farha, Farha. " Protes Puan Farah sambil menahan geram dihati. Orang nak dia kawal pemakanan, bukannya tak makan langsung! Farha, Farha.Apalah mahu jadi dengan kamu ini. " Tapi ummi, biarlah badan saya begini." " Biarkan badan kamu begini? Nanti kamu juga yang mengadu pada ayah tentang kawan - kawan disekolah mengejek kamu macam-macam.Badak airlah, gajahlah, budak tembamlah, itulah, inilah."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
BALQIS :)

Gemuk Itu Comel!

Assalamualaikum!
Rindu sangat kat korang pembaca-pembaca blog ni! (Macamlah ada pembaca sangat).
Korang ingat tak entry minggu lepas? Haah.. tak ingatlah tu. :p
Ala.. kan dalam entry tu kite ada cakap yang kite nak try buat novel, kan? Tak ingat tak apalah :(

Ok, berbalik kepada the topic.Okey, memang kite ade cakap kite nak try buat novel.Ok, jadi, kita nak try buat satu novel.Tajuk? Tentang apa? Haa.. kalau nak tau, jeng, jeng, jeng! Tengoklah kat bawah ni, ok? :3

Gemuk Itu Cute!

Sinopsis: Farhana, seorang gadis 15 tahun.Badannya yang debab + cute + gemuk itu sering menjadi ejekan para pelajar disekolahnya.Terutama sekali, geng The Beautiful yang dianggotai 6 orang gadis paling popular disekolahnya.Apabila dia bertemu dengan gadis-gadis itu, pasti muka dia yang putih melepak itu bertukar menjadi merah! Mahu tahu apa yang terjadi lagi? Bacalah sampai habis novel ini nanti, ya?

Watak :
Farhana : Watak utama.Berumur 15 tahun.Sering menjadi bahan gosip dan ejekan murid-murid disekolah.Seorang yang senang naik angin, terutama apabila diejek! Boleh runtuh satu sekolah jika dia mengamuk!
Qaseh : Kawan baik Farhana.Dialah satu-satunya orang yang memahami dirinya.Dialah orang yang paling Farhana sayang selain ibu dan bapanya.
Puan Farah : Ibu kepada Farhana. Seorang yang penyayang, penyabar dan paling memahami.
Encik Farid : Ayah Farhana.Seorang yang tegas tetapi penyanyang.Dialah tempat Farhana mengadu segala-segalanya.

Kumpulan The Beautiful :
1.Mia : Ketua kumpulan The Beautiful.Sering menganggap dirinya yang paling cantik dan popular!
2.Wani : Orang yang paling kuat menyokong Mia.Dialah raja segala gosip! Bab fitnah-fitnah,bab gosip-gosip,bab mengumpat ini, serahkan saja pada dia! Tutup dua belah mata pun dia boleh buatlah!
3.Iqa : Cantik, sopan santun dan juga ahli paling baik dalam kumpulan ini.Kurang menyokong Mia dan Wani.Jika Mia dan Wani ada mengenakan seseorang, pasti dia akan pergi berjumpa dengan murid itu dan meminta maaf kepadanya.
4.Maya : Dialah 'the master of plan'.Bab kenakan orang ini, serahkan sahaja kepada Maya.Petik jari sahaja, bercurah-curah idea keluar dari kepalanya!

Kamal : 'Seseorang' yang tiba - tiba hadir dalam hidup Farhana.Dia jejaka kacak yang digilai ramai pelajar disekolah.Dialah yang mengubah hidup Farhana menjadi .... ?

P/S : Mahu tahu apa yang jadi? Jadilah pengikut setia blog ini, ya? Terima Kasih :)
Assalamualaikum! :3